“Allah menguji hambanya dengan ujian kesusahan dan keperitan hidup adalah untuk menjadikan mereka itu lebih kuat berjiwa kental. Allah juga memberi kesenangan kepada sesetengah hambanya adalah supaya mereka dapat membantu hamba lain yang susah. Jadi jangan terasa hina untuk menerima dan kedekut untuk memberi.”

- Sedutan Cerpen Syukurlah, Sabarlah, Solatlah.. -

Friday, April 8, 2011

Barang lama

Pagi itu muka Puan Amelia terus berubah kemerahan menahan marah sebaik sahaja Rashid masuk berjumpanya dalam pejabat.

"Awak ni tidak amanah dalam menjaga harta Syarikat! Sepatutnya awak jaga elok-elok laptop ni, sampai ke tangan awak je terus rosak. Baru seminggu awak guna."

"Nak buat macam mana puan, saya dah jaga sehabis baik laptop ni. Tetapi entah macam mana bila saya guna semalam tiba-tiba terpadam dengan sendiri. Puas saya tekan tetapi tak hidup juga." balas Rashid.

"Sekarang ni awak kena baiki sampai ok. Saya tak nak dengar sebarang alasan." tegas Amelia.

Amelia merupakan seorang pengurus bahagia IT di Syarikat Elmond Corporation. Syarikat ini bertanggungjawab dalam membekalkan sistem keselamatan elektronik di pejabat-pejabat seluruh semenanjung Malaysia.

"Saya dah cuba bawa ke 7 buah kedai komputer tetapi semua cakap barang ganti tidak ada di pasaran." tegas Rashid.

"Lagipun, bukan salah saya laptop ni rosak. Takde pulak saya jatuhkan laptop ni ataupun selam laptop dalam air. Tiba-tiba je tak hidup dan laptop ni sememangnya sudah lama. Semua perisian yang saya guna sangat lembab. Kalau Puan jual di kedai pun memang tak laku sebab takde siapa yang nak barang lama." tambah Rashid.

"Barang lama.." keluh Amelia dalam hati.

Apabila perkataan 'barang lama' singgah ditelinganya, terus fikiran Amelia melayang teringat masalah getir yang dihadapinya. Walaupun kerjayanya dikatakan berjaya, tetapi kehidupan peribadinya gagal terutama dalam membina keluarga. Umurnya hampir mencecah 40 tahun tetapi masih belum berpunya. Emak dan Ayah dikampung termasuk saudara mara selalu bertanya tentang perkara ini. Sampaikan Amelia kadang-kadang tertekan untuk balik kampung.

Amelia tahu dia seorang yang garang, tegas dan kuat bekerja. Tetapi itu semua tidak boleh dijadikan alasan untuk jodohnya kerana Amelia tahu jodoh pertemuan itu ditangan tuhan. Kita manusia hanya mampu berusaha.

"Puan Amelia, kenapa ni?" tanya Rashid.
"Saya minta maaf kalau kata-kata saya tadi nampak macam biadap."

"Takpe Rashid, ada betulnya juga kata-kata awak. Pergi jumpa Hani dan bagi laptop rosak tu kat dia. Selepas itu isi borang untuk ambil laptop lain." jawab Amelia.

"Terima kasih Puan Amelia."

29 comments:

mykhalis said...

mujur berfikiran matang amelia nie..takde la terus melenting

Alan Rizque said...

Haha mykhalis..Macam tu la nasib Amelia..

mykhalis said...

wat la ada orang minat dia..sian dia membujang..

Wafiy Suzly said...

ehm, quite good cerita ni,,

Alan Rizque said...

Tak boleh mykhalis sebab kisah ni berdasarkan kisah realiti..cuma diubah sikit-sikit..

Wafiy Suzly thanks sudi baca..

wanacesh said...

nasib baik amelia tu sedar dia brg lama kan,,kalo de sesetengah org tu dia sedar tapi buat x peduli je,,hidup ni mcmtu lah,,jangan terlalu menyalahkan org,,lama2 terkena kat muka sendiri,,huhu,,nasihat untuk saya juga

Alan Rizque said...

Ya betul..Wanacesh..Kita terlampau senang menyalahkan orang tanpa sedar yang kita juga tersilap..terutama kalau kita ni orang atasan..

Amoi said...

wahh cerpenn

best!

Alan Rizque said...

Ya Cik Amoi..terima kasih sudi ziarah dan baca..

hana said...

nasib baek amelia tu terima pe yg pekerja dia cakap..
kalau x dh kene hambur la..
hahah

Alan Rizque said...

Ya, sebab ada perkataan yang mengguris hatinya..

SumBody Me.. said...

jenjalan sini :)

Alan Rizque said...

Terima kasih kerana sudi jenjalan..

Shairazi Saidin said...

baiknya puan amelia tuh :)

Nasib Lelaki | Wanita yang tidak layak dijadikan isteri.

Bosan dengan Nuffnang | iPanelOnline cara terbaru jana duit

mcm ni lah said...

bagus blog ni ada byk cerita dan idea,.. i follow you :)

Alan Rizque said...

Ya Shairazi..Walaupun bos kita garang tetapi jauh disudut hatinya ada kebaikan..

Terima kasih 'mcm ni lah'..hehe

cik azeya said...

aku ibarat barang lama.. buruk. tade rupe. eh. ape benda aku merepek dekat sini.

btw. cite best. dah follow kamu balek. sama sama. :)

Alan Rizque said...

Tak elok cakap macam tu Cik Azeya..ini hanya cerita semata-mata..ada kaitan seikit-sikit dengan yang masih hidup..hehe

hans said...

amelia tu garang sangat
tu orang takut nak dekat

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

cik bunga dtg singgah BW blog kamo ^^


Mai ar singgah sini, mai arr..mai arr... heheh :)
Buat sunitkan BOTOX pada blog, yeahhh! cantik dah. heheh, Jemput masuk.. :)

FasiHaH SupiaN said...

awak ada bakat menulis :)

ukhti syikin said...

barang lama .. membawa pelbagai maksud yer.. yg plg penting... jgn mudah marah :) ... nice !! keep on writing... i'm waiting 4 next entry :)

Miecyber said...

Best entri niee..Ada pengajaran di sebaliknya..

Microsoft beli Skype

blog-tips-kurus said...

eerrrr..ade 2 blog yek?

Alan Rizque said...

Hans..ada bos perempuan garang..

Cik Bunga, terima kasih sudi singgah..

Terima kasih Fasihah Supian..

Ukhti Syikin..terima kasih bagi sokongan..

Miecyber..terima kasih banyak-banyak sudi baca..

ukhti syikin said...

syikin ziarah :).. berat mau komen di lain2 tempat... tenet tgh slow,. sorry

Alan Rizque said...

Thanks syikin..

budakkampung39 said...

rashid dah kahwen belom...huhu...cik amelia....tu rashid ade depan mate tu....:-)

rajen bace?singgah sini...
bigbom:team ala korea dari malaysia
bila artis seksi cakap pasal aurat

Alan Rizque said...

Rashid dah ada awek..hujung tahun ni kahwin..hehe