“Allah menguji hambanya dengan ujian kesusahan dan keperitan hidup adalah untuk menjadikan mereka itu lebih kuat berjiwa kental. Allah juga memberi kesenangan kepada sesetengah hambanya adalah supaya mereka dapat membantu hamba lain yang susah. Jadi jangan terasa hina untuk menerima dan kedekut untuk memberi.”

- Sedutan Cerpen Syukurlah, Sabarlah, Solatlah.. -

Wednesday, July 3, 2013

Komisyen (5)

Alan tersedar sedikit lewat pagi ni disebabkan oleh aktiviti berFacebook semalam sehingga pukul 1 pagi. Bukan ada sebarang perbincangan serius pun tetapi lebih kepada berbual dengan rakan lama di zaman sekolah rendah lagi.

Sekarang ini semua rakan-rakan sudah ada kerjaya dan keluarga masing-masing.

Tanpa sempat meminum segelas air pun Alan terus memecut motornya membelah kesejukan pagi untuk mengelakkan kesesakan jika bertolak lebih daripada pukul 7.

Walaupun naik motor ke KL boleh elak kesesakan tetapi kadang-kadang terpaksa beratur jugak apabila tiada ruang untuk menyelit berpunca daripada kereta yang terlampau menghimpit antara satu sama lain.

Jam menunjukkan hampir pukul 7.40 pagi setibanya di pejabat. Waktu pejabat bermula pukul 8.30 pagi. Kelibat Toriq dapat dilihatnya dari jauh sedang menuju kearahnya.

"Jom pekena teh tarik segelas," pinta Toriq.

"Kau belanja boleh?" Tanya Alan.

"Kalau sekadar air boleh je tapi kalau kau nak makan nasi lemak atau roti telur ke, yang tu kena bayar sendirilah," tegas Toriq.

"Kedekutnya," usik Alan.

"Aku bukan apa Alan, kena berjimat cermat sekarang ni sebab nak kena balik Pakistan 2 bulan lagi. Ada urusan keluarga."

"Nak kahwin ke? Takkan tak ajak kawan kot?" Teka Alan.

"Lebih kuranglah. Hehe.."

Sesampainya di kedai mamak berdekatan pejabat mereka terus pesan 2 roti telur dan 2 teh tarik.

"Eh Toriq, aku ada nak tanya kau satu soalan ni. Di Pakistan, kau pernah kena saman tak? Kau ada tawarkan duit kopi jugak ker?"

"Ada jugak tapi sekarang ni payah sikit mereka nak terima."

"Kenapa pulak?"Tanya Alan.

"Macam ni, sekarang ni Pakistan ada polis khas dalam bab menyaman kesalahan trafik. Mereka ni sekurang-kurangnya ada ijazah. Mereka telah dilatih khusus untuk tidak menerima rasuah. Paling seronok mereka akan dapat komisyen untuk setiap saman yang dikeluarkan." jelas Toriq.

"Biar betul!"

"Betullah Alan, takkan aku nak tipu plak,"tegas Toriq.

Alan terus bermonolog dalam fikirannya,
"Komisyen untuk setiap saman tu memang perkara menarik. Duit kopi yang halal untuk setiap saman."

"Kalau Malaysia juga buat macam ni mesti pihak penguatkuasa semakin teruja untuk saman pesalah trafik. Duit kopi haram mesti tak diambil lagi walaupun dirayu oleh pesalah trafik sebab komisyen lagi banyak dapat, siap halal lagi."

"Pesalah trafik juga mesti gerun nak buat salah sebab kena saman beratus ringgit. Polis tidak lagi terima rasuah yang ditawarkan."

"Penyelesaian kreatif untuk menukar yang haram menjadi halal."

TAMAT

2 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

terima kasih atas cerita ni... memang berlaku dekat polis mlysia sekarang, nak kurangkan saman, pesalah traffik ajak minum kopi la apa la

Alan Rizque said...

Semoga kes rasuah semakin berkurang.