“Allah menguji hambanya dengan ujian kesusahan dan keperitan hidup adalah untuk menjadikan mereka itu lebih kuat berjiwa kental. Allah juga memberi kesenangan kepada sesetengah hambanya adalah supaya mereka dapat membantu hamba lain yang susah. Jadi jangan terasa hina untuk menerima dan kedekut untuk memberi.”

- Sedutan Cerpen Syukurlah, Sabarlah, Solatlah.. -

Monday, October 10, 2016

Orang Upah, Aku Terajang

Aku nak hidup gembira. Bangun tidur otak ligat berfikir cari jalan untuk berseronok. Asal boleh buat aku gelak sudah cukup.

Halal, haram, dosa dan pahala letak ketepi. "Ada aku kisah?" merupakan slogan kegemaran aku dan kawan-kawan.

Setiap hari aku mencari kegembiraan. Pernah ada orang tanya, adakah hidup aku tenang? Jawab aku mudah. Kalau hati gembira, hidup mestilah tenang! Hahaha!