“Allah menguji hambanya dengan ujian kesusahan dan keperitan hidup adalah untuk menjadikan mereka itu lebih kuat berjiwa kental. Allah juga memberi kesenangan kepada sesetengah hambanya adalah supaya mereka dapat membantu hamba lain yang susah. Jadi jangan terasa hina untuk menerima dan kedekut untuk memberi.”

- Sedutan Cerpen Syukurlah, Sabarlah, Solatlah.. -

Monday, October 10, 2016

Orang Upah, Aku Terajang

Aku nak hidup gembira. Bangun tidur otak ligat berfikir cari jalan untuk berseronok. Asal boleh buat aku gelak sudah cukup.

Halal, haram, dosa dan pahala letak ketepi. "Ada aku kisah?" merupakan slogan kegemaran aku dan kawan-kawan.

Setiap hari aku mencari kegembiraan. Pernah ada orang tanya, adakah hidup aku tenang? Jawab aku mudah. Kalau hati gembira, hidup mestilah tenang! Hahaha!

Satu petang aku dipelawa seseorang untuk menyertai perhimpunan. Semasa dia menjelaskan perhimpunan tentang apa aku langsung tidak ambil kisah. Yang aku beri perhatian adalah upah RM100, baju percuma dan makan percuma.

Boleh la bekal beberapa hari dengan duit RM100 itu.

Pada hari kejadian aku dan beberapa kawan berkumpul beramai-ramai dengan pakai baju hitam.

Kami ikut sahaja apa yang dilaungkan ketua yang bergelar Datuk.

Aku nampak Datuk ini sangat terbuka dengan anak muda. Aku suka!

Dalam keadaan sambil bergelak sambil menyanyi aku ternampak 2 orang bermotosikal memakai baju Oren.

Aku ada terdengar perkumpulan kami hari ini adalah bagi menakutkan kumpulan baju oren. Apa lagi melihat kawan seangkatan beteriak ke arah 2 lelaki itu, aku pun masuk sama.

Seorang lelaki dilihat sempat memusingkan motorsikal ke arah lain. Seorang lagi tidak sempat mungkin kerana motornya agak besar jadi susah nak gerak.

Ada yang pegang dan tarik baju lelaki tersebut sampai terjatuh dari motor. Lelaki itu tidak melawan walaupun ada kalangan kami mengeluarkan kata-kata sesat ke arahnya.

Aku yang berdarah muda ini mula naik semangat. Entah semangat apa pun aku tidak pasti. Yang penting aku suka cabaran.

Aku perlahan-lahan menyusup ke belakang lelaki berbaju oren itu. Aku nampak peluang terbuka untuk aku terajang lelaki biadab ini.

'Dush!' kena sebiji tapak kaki aku atas belakang lelaki itu. Nampak dia tersungkur atas motornya.

Lepas terajang aku lari dan aku nampak abang polis mula dekat meleraikan kekalutan itu.

Aku puas dan menerima kata-kata pujian daripada beberapa orang atas keberanian aku ini.

Sebaik keadaan reda Datuk itu mula menghampiri aku. Dia mengucapkan "Awak memang berani. Saya suka. Tahniah!"

Ada seorang lelaki sebelahnya menghulurkan sesuatu kepada aku.

"Ambil buat minum kopi." katanya.

Kegembiraan aku berganda pada hari itu. Akhirnya keberanian aku dihargai!

No comments: